
Ahli Parlimen Setiawangsa itu menggesa Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun, menterbalikkan keputusan itu dan menyalurkan peruntukan pembangunan kampung kepada semua negeri tanpa halangan.
“Kita harus jadi kerajaan untuk semua orang, PH, Barisan Nasional, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan tiada parti,” katanya di Twitter hari ini.
Kenyataan Nik Nazmi itu mengundang reaksi bercampur baru daripada warga internet, kerana ada yang menyokong sikap berprinsip itu dan ada juga yang mengatakan ia cuma langkah sementara.
Terdahulu, Rina mengumumkan kerajaan hanya akan memperuntukkan RM100 juta untuk pembangunan kampung kepada negeri-negeri yang hanya ditadbir PH sementara ia mengkaji mekanisme saluran dana untuk negeri-negeri pembangkang.
Menurut Rina, dana itu untuk pembangunan ekonomi dan setiap kampung yang layak boleh memohon geran sebanyak RM10,000.
Dana itu juga untuk elaun bulanan ketua-ketua kampung, setiausaha mereka dan ahli-ahli jawatankuasa, termasuk bayaran hadir mesyuarat sebanyak RM50.