Ku Li: Segerakan post-mortem, baiki kelemahan Umno

Ku Li: Segerakan post-mortem, baiki kelemahan Umno

Tengku Razaleigh Hamzah berkata hasil post-mortem itu juga perlu didedahkan kepada ahli parti untuk mereka mengetahui sebab sebenar kekalahan tersebut.

Free Malaysia Today
Ku Li berkata beliau berpendapat secara rasmi Umno belum adakan post-mortem.
ALOR SETAR:
Umno perlu menyegerakan hasil post-mortem mengenai kekalahan buruk parti itu dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu agar parti Melayu itu dapat memperbaiki segala kelemahan.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata hasil post-mortem itu juga perlu didedahkan kepada ahli parti untuk mereka mengetahui sebab sebenar kekalahan tersebut.

“Saya rasa secara rasmi Umno belum buat post-mortem itu dan Umno perlu buat untuk kita mengetahui sebab kita kalah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri dan ramah mesra hari ini.

Beliau yang juga calon presiden Umno berkata beliau yakin Umno dapat dipulihkan segera sekiranya kepimpinan baharu nanti dapat melakukan yang terbaik dalam memperbaiki segala kelemahan itu.

Ketika berucap pada majlis berkenaan, beliau mahu seluruh ahli Umno bermuhasabah kenapa parti itu ditolak rakyat pada PRU lalu.

“Sebab itu kita jangan angkuh dan segera memperbaiki kelemahan atas kesilapan kita,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.