USM diiktiraf universiti muda ke-14 terbaik di dunia

USM diiktiraf universiti muda ke-14 terbaik di dunia

USM sebelum ini berada di ranking ke-23 terbaik dunia dalam penarafan universiti muda di bawah 50 tahun.

Free Malaysia Today
Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Asma Ismail menyifatkan ia pencapaian terbaik dan menyasarkan berada dalam kelompok 10 universiti muda terbaik dunia kelak. (Gambar Twitter)
GEORGE TOWN:
Universiti Sains Malaysia (USM) menduduki ranking ke-14 dalam senarai 50 universiti muda terbaik dunia 2018, menurut Quacquarelli Symonds (QS).

USM sebelum ini menduduki kelompok 23 terbaik dunia dalam penarafan universiti muda di bawah 50 tahun, iaitu “QS Top 50 under 50”, pertama kali tersenarai pada 2016 dalam kalangan universiti muda dan ia antara 3 universiti awam (UA) terbaik daripada 4 UA Malaysia bagi senarai terbaru itu.

Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Asma Ismail berkata, pencapaian ketara itu adalah hasil berterusan universiti membuat penambahbaikan dalam dasar universiti, sejajar semangat menjadikan USM universiti pilihan.

Asma menggambarkan pencapaian ini sebagai “prestasi terbaik universiti”.

“Kami hanya ketinggalan beberapa langkah untuk dinobatkan dalam kelompok 10 universiti muda terbaik dunia dan saya percaya ini adalah pencapaian terbesar.

“Kami sedar persaingan sengit yang perlu dihadapi dan peningkatan terbaik ini turut membuktikan Malaysia mempunyai institusi pengajian tinggi bertaraf dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, dalam kedudukan terbaru QS World University Ranking 2019 (QS-WUR 2019) yang dikeluarkan pada awal bulan ini menunjukkan kedudukan USM bertambah baik di kedudukan ke-207 berbanding 264 pada tahun sebelumnya.

Hakikatnya, kenaikan 57 anak tangga itu membuktikan USM antara 21% universiti terbaik daripada 1,011 institusi yang dinilai di seluruh dunia untuk senarai ranking 2019.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.