
Menterinya, Maszlee Malik berkata, mesyuarat Kabinet semalam memutuskan menteri dan timbalan menteri tidak boleh memberi surat sokongan kepada mana-mana tender dan cadangan untuk memastikan tadbir urus baik bagi kerajaan.
Namun, katanya, penggunaan surat sokongan itu boleh dikaji bagi urusan Kementerian Pendidikan jika ia tidak melibatkan wang, tetapi membabitkan isu terdesak seperti kesihatan.
“Sebagai contoh, surat sokongan cuti sebab sakit atau minta dipindahkan atas sebab kesihatan, ia tidak digalakkan tetapi akan dikaji jika kesnya tulen,” katanya pada sidang media di kementeriannya hari ini.
Beliau menegaskan pihaknya tidak akan melayan sebarang surat sokongan untuk anak atau anak saudara.
Baru-baru ini, Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta penggunaan surat sokongan untuk urusan perniagaan daripada kerajaan diperhalusi dengan teliti.
Beliau berkata, sekiranya boleh, kerajaan perlu menghentikan amalan surat sokongan itu bagi membendung salah guna kuasa dalam parti dan penjawat awam.