Pusat Inovasi dan Kreativiti tak dibubarkan

Pusat Inovasi dan Kreativiti tak dibubarkan

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ashran Gazi berkata, MaGIC beroperasi dan menjalankan program seperti biasa dan tiada perubahan berkaitannya.

Free Malaysia Today
Ashran Gazi berkata, MaGIC mempunyai 70 kakitangan yang terlibat dengan 900 syarikat pemula niaga tempatan dan tidak memerlukan geran tambahan daripada kerajaan untuk menjalankan programnya. (Gambar Youtube)
CYBERJAYA:
Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) beroperasi seperti biasa meskipun laporan media menyatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bercadang membubarkannya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ashran Gazi berkata agensi itu sudah semak dengan Kementerian Kewangan dan dimaklumkan tiada sebarang perubahan.

“Selepas 9 Mei, ia beroperasi seperti biasa dan tidak ada apa perubahan berkaitannya. Kami diberitahu untuk menjalankan program kami seperti biasa, dan itulah yang kami lakukan hari ini,” katanya pada majlis pelancaran Program Pemecut Global MaGIC yang dirasmikan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini.

Ashran berkata, agensi itu yang memiliki 70 kakitangan ketika ini terlibat dengan 900 syarikat pemula niaga tempatan dan tidak memerlukan geran tambahan daripada kerajaan untuk menjalankan programnya.

“Secara puratanya, peruntukan kami daripada kerajaan adalah sebanyak RM15 juta setahun dan sejak 2014 kira-kira RM197 juta dibelanjakan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.