Raya ini, beraksi di dapur macam pro

Raya ini, beraksi di dapur macam pro

FMT Ohsem menyenarai beberapa hacks dapur yang mungkin boleh memudahkan urusan memasak dan penyediaan makanan selain "menawan" hati ibu mertua atau orang tua di rumah.

Menjelang musim perayaan, kebanyakan wanita pasti akan lebih sibuk di bilik dapur berbanding di mana-mana bahagian lain di rumah. Maklumlah mereka bukan sahaja pakar masakan tetapi air tangan ibu menjadi kemestian setiap masakan.

Yang kaum lelaki pun, jangan ketinggalan untuk saling membantu di dapur. Setakat bantu hiris bawang dan sayur pun jadilah!

Di bawah, FMT Ohsem menyenarai beberapa hacks dapur yang mungkin boleh memudahkan urusan memasak dan penyediaan makanan selain “menawan” hati ibu mertua atau orang tua di rumah.

1. Kekalkan warna kentang

Selepas potong kentang, rendamkannya dalam air sejuk atau berais sebelum memasak. Ia membantu mengelak kentang bertukar menjadi warna keperangan yang mana tidak menyelerakan apabila dimasak kerana kanji boleh mengoksidakan kentang bertukar warna.

2. Kekalkan kesegaran pisang

Mudah sahaja, bungkus atau tutup pangkal pisang dengan plastik atau kertas aluminium bagi mengekalkan kesegaran pisang. Kalau mahu yang lebih baik, asingkan setiap buah pisang. Prosedur ini mengelak gas ethylene dibebaskan daripada pangkal pisang sekaligus menjaga kesegaran pisang dan melambatkan proses masak.

3. Kupas bawang putih cara mudah

Asingkan semua ulas bawang putih kemudian ketuk dengan pisau. Dengan cara ini, mudahlah mengupas kulit bawang putih itu. Sekejap je..

4. Elak pedih mata ketika hiris bawang merah

Cara paling umum ialah dengan meletakkan bawang dalam bahagian sejuk beku di peti ais sebelum hiris. Tetapi jangan pula terlupa kerana kalau dibiar, ia boleh merosakan bawang sehinggakan tidak boleh digunakan lagi.

5. Sukar buka balang kaca

Kadang-kala membuka balang kaca penuh mencabar. Apatah lagi bagi lelaki di hadapan sanak saudara perempuan, memang tercabarlah. Sebenarnya, ada tips mudah, lilit penutup dengan pengikat getah untuk beberapa kali. Pengikat getah akan memberi ruang di antara penutup dan memudahkan dibuka. Cubalah!

6. Cara lain buka penutup balang

Kalau guna getak pun tak boleh buka, cuba telangkupkan balang di atas permukaan air panas. Cukupkan setakat air panas, meliputi permukaan penutup sudah cukup. Cuba buka selepas beberapa saat. Wap air panas akan mengembangkan penutup balang sekaligus memberi ruang untuk dibuka.

7. Nak guna mentega beku dengan segera

Takkan nak tunggu mentega beku lembut, ia mungkin akan ambil masa yang agak lama. Jadi apa cara mudah? Senang sahaja, parut mentega seperti mana anda parut keju. Ia akan memudahkan anda guna mentega pada kadar segera.

8. Lembutkan mentega dengan kadar mudah

Cara paling mudah ialah dengan memotong bar mentega menjadi kepingan kecil.

9. Ukur bahan melekit tanpa mengotorkan bahan ukur

Biasanya kita akan menggunakan cawan atau sudu untuk mengukur sesuatu bahan mentah. Tetapi takkan kita kena cuci setiap kali mengukur sesuatu bahan kan? Untuk memudahkan kerja sapu permukaan ukuran dengan minyak atau rendam dalam air panas.

10. Elak air didih keluar dari periuk

Salah satu cara paling popular ialah metelakkan sudu kayu di atas periuk bagi mengelak air melimpah keluar. Tetapi jangan lama-lama kerana lambat laun air akan melimpah juga. Tindakan ini hanya melambatkan limpahan berlaku kerana kayu penebar haba yang baik jadi ia cuba melambatkan proses limpah.

11. Cara kekalkan kesegaran herba sementara memasak

Hiris herba memasak dan aturnya dalam dulang pembeku ais. Masukkan air, minyak atau air stok untuk dibekukan. Lihatlah sendiri betapa segarnya herba anda.

12. Sental kuali besi tanpa calar

Menyental kuali besi dengan air sabun sebenarnya tidak patut dilakukan. Sebaliknya bersihkan kuali besi menggunakan penyental garam.

13. Bersihkan buah dan sayur tanpa bahan kimia

Bersihkan sayur-sayuran dan buah-buahan tanpa menggunakan pembersih kimia. Caranya gunakan sedikit campuran baking soda dan air. Mudah dan bersih, bebas pestisid!

14. Cerek letrik bersih dan berkilau

Anda pasti rasa tidak selesa apabila melihat kewujudan kapur pada perkakas logam letrik khususnya cerek. Untuk membersihkan dan mengembalikan kilauannya, sental dengan air cuka dan air. Jika perkakas itu tidak membabitkan letrik, rendam sahaja atau isi cerek dengan air cuka dan air semalaman.

15. Bersihkan senduk kayu

Senduk kayu boleh bertukar warna, kotor atau mungkin berbau. Bagaimana untuk bersihkannya? Rendam dan didihkan senduk kayu itu di dalam air panas dan biarkan kering di bawah cahaya matahari.

16. Simpan papan pemotong seperti baharu

Sental papan pemotong kayu anda dengan sedikit garam kasar dan separuh buah lemon untuk membersihkan saki baki makanan yang terlekat di papan tersebut. Ia juga akan menyingkir semua bau busuk terutama sekali apabila digunakan untuk memotong daging. Sapu minyak khas di atas permukaan setelah dibersihkan supaya kelihatan baharu dan bersih.

17. Cara pantas cuci pengisar

Mesti leceh untuk mencuci pengisar setiap kali selepas menggunakannya. Maklumlah, bahagian pisau di bawahnya menyukarkan lagi kerja mencuci, apatah lagi pada musim perayaan. Bayak lagi kena kisar!
Ada satu tips mudah, isi pengisar dengan air sabun dan tekan tombol pengisar. Biarkan ia berkisar dan selesai! Anda hanya perlu membilas dengan air bersih.

18. Banyaknya halia, ini cara bersihkan mudah

Banyak halia yang perlu dibersihkan tetapi di rumah tinggal sebilah pisau cukur. Mari sini, kami ada keadah mudah, ajak makcik dan pakcik, berikan mereka sudu dan halia. Halia boleh dibersihkan dengan mudah menggunakan sudu sahaja.

19. Terlebih potong sayur, bawang, ini cara simpan paling selamat

Katakan ada lebihan saturan seperti dain sup atau daun bawang, kiub lobak atau sebagainya, janggan risau. Kalau ada lebihan botol air, simpan dalamnya dan tutup ketat. Sayur tersebut mampu bertahan untuk tempoh masa yang cukup signifikan.

20. Elak sayur, bawang letak di permukaan pisau

Biasanya pasti ada lebihan sayur, bawang dan halia yang melekat di permukaan pisang selepas dihiris. Bagi elakkannya, sapu sedikit minyak zaitun pada permukaan pisau. Selepas ini anda boleh hiris tanpa perlu bersihkan pisau.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.