Cukai pelancongan halang kemajuan industri, kata persatuan hotel

Cukai pelancongan halang kemajuan industri, kata persatuan hotel

MAH mengemukakan cadangan pemansuhan cukai itu kepada Majlis Penasihat Kerajaan.

Free Malaysia Today
Persatuan Hotel Malaysia berkata cukai pelancongan tidak menggalakkan pelancong tinggal lama di negara ini.
KUALA LUMPUR:
Persatuan Hotel Malaysia (MAH) hari ini mengulangi saranannya agar cukai pelancongan dimansuhkan kerana ia menghalang kemajuan industri pelancongan.

Ketika mengemukakan cadangan itu kepada Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Presidennya Cheah Swee Hee berkata cukai yang berkuat kuasa mulai 1 September tahun lepas itu, antara lain, tidak menggalakkan pelancong tinggal lama di negara ini.

“Jika kita kenakan kadar sama rata, kita bukan sahaja menggalakkan orang tinggal lebih lama kerana kita mengenakan caj mengikut setiap malam yang mereka menginap,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat dengan CEP.

Pelaksanaan cukai pelancongan mewajibkan tetamu warga asing sesebuah hotel membayar yuran RM10 semalam bagi bilik penginapan masing-masing, tanpa mengira taraf hotel berkenaan.

Cheah juga meminta kerajaan persekutuan mewujudkan peraturan baharu tentang hotel tanpa memerlukan lesen seperti yang dipromosi melalui AirBNB bagi mewujudkan medan persaingan yang adil untuk semua pihak.

Sementara itu, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab, yang turut menghadiri sesi taklimat itu antara lain berkata beliau menggariskan rancangan, jangkaan dan harapan Tourism Malaysia berhubung masa depan pelancongan di Malaysia kepada CEP.

Menjawab soalan pemberita tentang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lepas, Mirza berkata dalam kunjungan mereka, pegawai suruhanjaya itu mengambil beberapa dokumen dari pejabat Tourism Malaysia di Putrajaya.

Bagaimanapun, jelas beliau, Tourism Malaysia tidak dapat memberi maklumat tentang perkembangan terkini siasatan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.