HSS Engineers terima notis tamat kontrak MRT3

HSS Engineers terima notis tamat kontrak MRT3

Ia susulan keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan projek berkenaan.

Free Malaysia Today
HSS Engineers berkata keputusan itu tidak memberikan sebarang kesan ketara kepada operasi dan kewangan syarikat dan kumpulannya.
KUALA LUMPUR:
Syarikat sekutu HSS Engineers Bhd, HSS Integrated Sdn Bhd (HSSI), hari ini menerima notis bertulis 30 hari daripada Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, menamatkan kontrak Transit Aliran Massa Lembah Klang Laluan 3 Laluan Lingkaran.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, HSS Engineers berkata, ini berikutan keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan projek berkenaan.

“Keputusan ini dijangka tidak memberikan sebarang kesan ketara kepada operasi dan kewangan syarikat dan kumpulannya, memandangkan hanya kerja-kerja awal yang sudah dimulakan setakat ini, dan akan diberi pampasan mengikut terma dan syarat kontrak berkenaan,” tambah syarikat itu.

Projek MRT 3 batal, Permata pindah ke Kementerian Pendidikan

Bekas timbalan menteri: Batal MRT3 sebabkan ibu kota bertambah sesak

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.