Jawatan presiden: Umno Gua Musang sebulat suara sokong Ku Li

Jawatan presiden: Umno Gua Musang sebulat suara sokong Ku Li

Ketua Umno Gua Musang dilihat 'bersih' dan mampu menaikkan semangat ahli untuk meneruskan perjuangan.

Free Malaysia Today
Tengku Razaleigh sedang menimbang sama ada akan bertanding jawatan presiden Umno pada pemilihan akan datang.
PETALING JAYA:
Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Gua Musang sebulat suara menyokong sekiranya veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah bertanding jawatan presiden Umno pada pemilihan parti 30 Jun ini.

Mahamad Napi Nasir berkata Tengku Razaleigh dilihat sebagai pemimpin yang “bersih” dan mampu menaikkan semangat ahli untuk meneruskan perjuangan.

“Selain mampu menyatukan orang Melayu, beliau juga mampu menangkis dakyah mengenai isu 1MDB kerana kepimpinan beliau tidak terlibat dalam kemelut berkenaan,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Manakala Wan Zawawi Wan Zain pula berkata berkata tiada pemimpin lain yang lebih layak mengisi kekosongan tersebut.

“Seluruh kepimpinan Umno sedang mencari dan mengintai siapa yang akan jadi presiden. Dalam pada itu, ramai yang mahukan Tengku Razaleigh mengisi kekosongan tersebut,” katanya.

Adun Paloh Amran Ariffin berkata Umno perlu berubah dan memerlukan pemimpin yang berwibawa bagi memulihkan keadaan secepat mungkin.

“Tengku Razaleigh tidak pernah berdepan dengan sebarang masalah sepanjang kepimpinannya. Keputusan ini juga mampu meraih sokongan padu orang Melayu terhadap Umno,” katanya.

Adun Galas Mohd Syahbuddin Hashim pula berkata Umno perlu mendengar suara akar umbi agar kesilapan memilih pemimpin yang salah tidak berulang.

“Tengku Razaleigh tidak mempunyai sebarang rekod yang tidak baik dan tidak pernah terpalit dalam isu yang kontroversi. Pemimpin sebeginilah yang kita perlukan,” katanya.

Ahad lalu, Ku Li dilaporkan sedang menimbang sama ada akan bertanding jawatan presiden Umno pada pemilihan akan datang selepas menerima sokongan bagi mengisi jawatan berkenaan.

“Kekalahan itu bukan bermaksud parti sudah lemah. Masih kuat dan menerima sokongan serta sanjungan sebahagian besar rakyat negara ini.

“Kami masih kuat dan berbisa dalam erti kata memperjuangkan nasib semua bangsa,” katanya.

Presiden Umno: Tengku Razaleigh belum buat keputusan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.