Jamal: Saya masih di Malaysia, tak perlu panggil Interpol

Jamal: Saya masih di Malaysia, tak perlu panggil Interpol

Jamal Yunos berkata meminta campurtangan Interpol untuk kes kesalahan kecil yang membawa denda RM400 hanya membuang masa.

PETALING JAYA:
Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata beliau masih di Malaysia dan tidak berada di luar negara seperti yang didakwa.

Beliau berkata tindakan kerajaan meminta campurtangan Interpol untuk mengesannya bagi kes kesalahan kecil yang membawa denda RM400 hanya membuang masa.

“Kesalahan saya bukan jenayah yang boleh mengancam keselamatan. Ianya kesalahan memecahkan botol pejabat di hadapan SUK dengan penukul besi kerana membantah pesta arak. Kesalahan kecil yang dendanya hanya RM400,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata polis sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia untuk mengesan Jamal yang dipercayai melarikan diri ke repulik itu.

Satu waran tangkap dikeluarkan terhadap Jamal selepas pemimpin Umno itu didapati hilang selepas 3 pertuduhan dibacakan terhadapnya di Hospital Pakar Ampang Puteri 25 Mei lalu, di mana beliau sedang dirawat.

Jamal nafi melarikan diri dari pihak berkuasa, menegaskan ia cuma salah faham kerana menyangka proses ikat jamin sudah diselesaikan pada hari kejadian.

Jamal berdepan 3 pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hospital, iaitu untuk tuduhan melakukan mudarat dengan mempamerkan senjata api berdasarkan gambar tular di media sosial, melakukan mudarat di kawasan awam apabila memecahkan botol arak menggunakan penukul besi sebagai simbolik bantahan terhadap pesta arak, dan yang ketiga dipercayai kerana menceroboh sebuah pusat judi haram di Ampang.

Beliau mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan pemimpin Umno itu diikat jamin RM3,000 bagi setiap kes.

Polis berkata terdapat baki 6 kes lagi melibatkan Jamal selain daripada 3 kes yang sudah dituduh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.