Seks bakar kalori tapi tak setanding bersukan

Seks bakar kalori tapi tak setanding bersukan

Secara purata seks membakar 100 kalori sepanjang berhubungan bagi lelaki, sementara wanita membakar sekitar 69 kalori.

Hubungan seksual yang “panas” memang termasuk dalam kegiatan fizikal kerana ia mampu membakar kalori.

Namun, apakah jumlahnya cukup signifikan?

Menurut Men’s Health, pembakaran kalori dalam aktiviti seks bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk berat badan dan kekuatan di ranjang.

Pada 2013, ahli akademik dari di Universiti Montreal cuba mencari jawapan dengan meminta 21 pasangan heteroseksual untuk memakai pengesan kecergasan, SenseWear sepanjang mereka berhubungan intim.

Mereka juga diminta berlari di treadmill selama 30 minit untuk membandingkan “sexercise” dengan olahraga yang sebenarnya.

Hasilnya, seperti yang diterbitkan dalam jurnal Plos One, secara purata ia membakar 100 kalori sepanjang berhubungan seks, sementara wanita membakar sekitar 69 kalori.

Para penyelidik menganggarkan, lelaki membakar kira-kira 4.2 kalori seminit semasa bersetubuhan, sementara wanita membakar 3.1 kalori seminit.

Keseluruhannya, jumlah kalori yang dibakar semasa seks adalah kurang dari jumlah kalori yang dibakar oleh lelaki semasa bersenaman, iaitu kira-kira 276 kalori.

Tempoh purata pasangan mengadakan hubungan seks dalam kajian ini ialah kira-kira 25 minit, jadi dapat diandaikan, semakin lama sesi seks, semakin banyak kalori yang dapat dibakar.

Tetapi, sebelum terlalu teruja tentang potensi pembakaran kalori, 1 lagi kajian yang diterbitkan pada 2013 menyimpulkan sebaliknya.

Menurutnya, seks tidak mempunyai banyak kesan seperti sukan.

New England Journal of Medicine mendedahkan beberapa mitos yang berkaitan dengan penurunan berat badan, kerana seks yang boleh membakar antara 100 hingga 300 kalori.

Saintis menggunakan kajian 1984 yang diterbitkan dalam JAMA Internal Medicine, yang mendapati tempoh purata aktiviti seksual hanyalah 6 minit.

Ia menyimpulkan, lelaki dengan berat badan 69 kg, kira-kira 30 lelaki membakar 21 kalori sewaktu seks.

Kesimpulannya, jangan harapkan membakar lemak hanya dengan melakukan seks.

Bagaimanapun, ia bukan bermakna hubungan seks tidak mempunyai manfaat kesihatan yang sebenar.

Di samping meningkatkan mood, seks juga boleh meningkatkan imun. Mereka yang melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya sekali seminggu dikatakan mendapat manfaat daripada paras imunoglobulin A yang lebih tinggi, antibodi perlindungan daripada penyakit, berbanding mereka yang tidak mempunyai hubungan seks sama sekali.

Kehidupan seks yang sihat juga boleh mengurangkan risiko kanser pada lelaki.

Satu kajian besar dalam British Medical Journal mendapati lelaki yang mengalami ejakulasi sekurang-kurangnya 21 kali sebulan lebih kecil kemungkinannya untuk berdepan kanser prostat daripada lelaki yang hanya ejakulasi 4 hingga 7 kali sebulan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.