Iklan Raya 2018 angkat nilai kasih sayang

Iklan Raya 2018 angkat nilai kasih sayang

Kelainan yang ditunjukkan dalam iklan Raya tahun ini mengetengah babak kehidupan secara penuh dramatik dan kreatif.

Iklan Raya sekarang sudah berubah, bukan sekadar iklan mempromosi sesuatu barang atau jenama tetapi lebih kepada drama pendek yang membawa mesej yang mendalam.

Mungkin kebanjiran kandungan kreatif dan pembabitan anak muda dalam industri pembikinan iklan mengubah landskap sehingga ia bukan lagi membawa “iklan” tetapi “mesej”.

Raya tahun ini tidak ketinggalan dengan iklan sambutan Ramadan serta Syawal yang meriah. Tonton sahaja iklan tersebut hati pasti terbuai untuk sama-sama menantikan hari yang diraikan, Aidilfitri.

FMT Ohsem menghidangkan 4 iklan Raya yang tengah “hot” di laman sosial khususnya Youtube.

Hadiah buat buah hati di Hari Raya

Iklan ini menterjemah kasih sayang antara sepasang warga emas, seorang tukang jahit wanita dan suaminya. Ia menceritakan cinta suami terhadap isterinya yang berpenat lelah menjahit untuk memenuhi tempahan Raya. Ha…. kalau nak tahu apa yang dilakukan oleh si suami dan Lazada, kenalah tonton link di bawah!

Goodbye Good Buy ala-ala Toy Story

Iklan ini memang terbaik. Bukan sahaja ceritanya tetapi lagu latar. Kisah ini mengingatkan kita kepada filem Toy Story tetapi bahagian “ending” memang ada impak positif. Ibarat kata, apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Rata-rata netizen memuji sudut iklan ini yang membawa “mood” positif seiring dengan sambutan Raya.

Tak ketinggalan, iklan yang dibawa oleh Mudah.my ini menggunakan “jenama” produk mereka dengan baik dan lancar.

Puasa Syawal bawa kita ke “Back to The Future”

Amalan berpuasa dalam kalangan kanak-kanak penuh dengan warna-warni kehidupan. Tidak ketinggalan bagaimana mereka suka minum air secara sembunyi, makan secara curi-curi, ternyata ia perbuatan yang tidak dapat dinafikan.

Ia juga menjadi antara kenangan bulan Ramadan yang tidak dapat dilupakan dan membimbing kita untuk belajar menjadi lebih matang melalui amalan berpuasa. Iklan yang dibawakan oleh Yeo’s ini juga membawa mesej yang sama, dengan membawa kanak-kanak ke zaman muda bapanya yang berdepan bulan Ramadan.

Dalam hati Opah, hubungan cucu dan nenek

Apakah yang sebenarnya dalam hati Opah? Apa lagi kalau bukan kasih sayang yang tidak terhingga dan kecekalan untuk membina hidup yang baik demi anak cucunya.

Apakah pula balasan kita kepada opah? Memandangkan iklan ini dibawakan oleh penjual barangan emas terkemuka, Habib maka pastinya, hadiah tersebut adalah barangan emas yang tinggi nilainya. Jom tonton iklan yang menyampaikan rantaian kasih sayang opah kepada cucunya dan penghargaan cucu kepada opahnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.