Perak mahu tunai janji air percuma dalam 100 hari

Perak mahu tunai janji air percuma dalam 100 hari

PH mahu melaksanakan janji manifesto pilihan raya itu dalam 100 hari pertama namun mengikut kemampuan kewangan negeri.

Free Malaysia Today
Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu. (Gambar bernama)
TAPAH:
Kerajaan Perak akan menunaikan 1 daripada 31 janji yang ditawarkan kepada rakyat Perak iaitu pemberian air percuma kepada golongan sasaran.

Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata proses perbincangan bersama pentadbiran yang berkaitan sedang dibuat, termasuk dengan Lembaga Air Perak (LAP).

“Kami dapati ada ruang luas yang mencukupi untuk kami laksanakan dalam masa terdekat.

“Jadi kami akan tentukan definisi yang lebih jelas mengenai kumpulan sasaran yang akan merasai nikmat pemberian air percuma itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama kariah di Masjid Jamek Ar-Rahmaniah, Chenderiang semalam.

Adun Chenderiang itu berkata tawaran tersebut akan dilaksanakan dalam 100 hari pertama, namun mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri.

Pihaknya mempunyai keyakinan penuh terhadap LAP untuk melaksanakan 1 daripada manifesto pilihan raya Pakatan Harapan Perak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.