Bekas perunding JPA dilantik sebagai ketua pengarah JPPM baru

Bekas perunding JPA dilantik sebagai ketua pengarah JPPM baru

Masyati menggantikan Surayati Ibrahim yang bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 22 Mei lalu.

Free Malaysia Today
Masyati merupakan perunding kanan di Bahagian Transformasi Sektor Awam JPA sebelum dilantik ke jawatan itu.
PUTRAJAYA:
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan pelantikan Masyati Abang Ibrahim sebagai ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang baru berkuat kuasa 23 Mei lepas.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata Masyati menggantikan Surayati Ibrahim yang bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 22 Mei lalu.

Masyati merupakan perunding kanan di Bahagian Transformasi Sektor Awam JPA sebelum dilantik ke jawatan itu dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pengurusan, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.