
Syarikat pembuatan bir dan minuman ringan Asahi, memperkenalkan minuman kopi latte jernih, tanpa warna yang kelihatan seperti air kosong.
Terdahulu, syarikat sama pernah menjadi viral selepas memperkenalkan minuman teh susu jernih pada September dan teh lemon jernih sebelum itu.
Ini membuktikan Jepun bukan sahaja berinovasi tinggi dalam teknologi kejuruteraan tetapi juga teknologi pemakanan dan minuman.
Minuman botol “air rasa kafe latte” ini dinamakan Asahi Clear Latte dari Delicious Water, mengandungi ekstrak espresso, komponen ramuan susu dan mineral dadih pekat.
Namun persoalannya jika ia benar-benar berperasa kopi susu latte seperti yang didakwa syarikat tersebut?
Menurut beberapa tinjauan dalam talian, nampaknya ramai akui minuman itu mempunyai rasa mirip dengan minuman kopi latte.
Walaupun rasanya lebih ringan daripada biasa, laman berita Jepun, SoraNews24 menjelaskan minuman itu mempunyai “rasa pahit setengah pahit” selepas diminum.
Manakala media Jepun, Grape pula berkata minuman itu mempunyai “konsistensi yang kaya setanding dengan kebanyakan minuman berperisa kopi susu ais”.
Air minuman jernih berperisa semakin trending di Jepun yang mana dikatakan mempunyai tahap kandungan gula dan kalori lebih rendah.