
Katanya, peranan JKKKP ialah membantu memantau projek dan program kerajaan persekutuan di kawasan luar bandar.
“Walaupun ada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri pembangkang, mereka tiada hubungan dengan kerajaan persekutuan kerana lantikan mereka oleh kerajaan negeri yang merupakan pembangkang.
“Sebagai contoh, Pahang merupakan negeri pembangkang kerana diperintah oleh Barisan Nasional. Pahang mempunyai JKKK. Saya tak pasti adakah kerajaan persekutuan akan mengekalkan JKKK yang dilantik oleh kerajaan BN Pahang atau mewujudkan JKKKP di Pahang,” katanya kepada FMT hari ini.
Beliau yang juga ahli Parlimen Bera berharap kerajaan persekutuan tidak mewujudkan JKKKP di Pahang, sebaliknya menggunakan khidmat JKKK.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pemansuhan tugas dan perkhidmatan JKKKP kerana mengandungi unsur politik.
“Kita dapati bayar gaji kepada JKKKP yang sebenarnya menjadi seolah-olah satu aset kerajaan, itu semua akan digugurkan.
“Kita ada pegawai kerajaan yang boleh jalankan tugas. Kita tidak akan ganti bayaran kepada JKKKP kerana kita tidak mahu amalkan politik seperti dahulu,” kata Dr Mahathir.
Ismail yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, fungsi JKKK dan JKKKP hampir sama, iaitu merancang secara langsung pembangunan di kampung tadbiran mereka.
Beliau yang juga ahli Parlimen Bera berharap kerajaan negeri akan meneruskan khidmat JKKK di Pahang.