Lepas setahun, Daphne kongsi pengurusan buruk TN50

Lepas setahun, Daphne kongsi pengurusan buruk TN50

Video itu dimuatnaik 16 Mei 2018 walaupun seluruh kejadian itu dirakam pada Mei 2017, pada majlis dialog TN50 di kediaman rasmi bekas Perdana Menteri.

Pelakon dan model, Daphne Iking akhirnya berkongsi sebuah rakaman video penuh kejadian sepanjang pengurusan dialog TN50 yang diadakan di kediaman rasmi bekas Perdana Menteri di Putrajaya ketika itu

Dalam video berdurasi 13 minit dan 30 saat itu, Daphne akui dia diajak ke sesi tersebut menerusi pengurusnya yang juga suami beliau, Azmi Abdul Rahman.

“Jadi kami setuju dengan pelawaan itu dan mengesahkan untuk hadir bersama suami. Semua maklumat diberi,” katanya dalam video itu.

Namun, sesampai di kediaman sebelum sesi TN50 bermula, mereka diberitahu nama tiada ada dan seorang pegawai wanita yang melayan mereka akui majlis pada hari tersebut ‘full house’.

“Semua artis yang tak boleh datang tiba-tiba boleh datang pula,” kata pegawai wanita yang melayan mereka.

Dalam video itu juga Daphne berkata mereka ditawarkan dengan tempat duduk media. “Tak mengapa, kami tak demand apa-apa kerana saya juga buat vlogging. Saya tidak dibenarkan duduk bersama suami, tak mengapa juga… Saya rela duduk atau berdiri di mana-mana selesa selagi dapat menyertai program itu,” katanya.

Selepas medaftar nama di sebalik pelbagai kekeliruan, mereka disuruh naik ke atas dan turun ke bawah dan naik semula kerana mereka tidak mempunyai nombor tempat duduk.

Kesal dengan seluruh pengatucaraan majlis yang huru-hara dan penuh dengan kekeliruan, Daphne yang akui letih serta lapar mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat itu sahaja.

“Saya bukan mengecam sesiapa, saya cuma meluahkan perasaan saya, apa yang berlaku. Majlis macam ni kena ada pengurusan yang lebih baik. Dan saya tidak demand kerusi VIP,” jelasnya.

Rakaman yang bertajuk “Inside the Prime Minister of Malaysia’s home!” itu ditonton hampir 500,000 kali dan 177 komen sejak dinaikkan 6 hari yang lalu.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.