Detik Wan Azizah terkejut anak dari AS pulang

Detik Wan Azizah terkejut anak dari AS pulang

Klip video yang menyentuh hati netizen yang turut meraikan kepulangan Nurul Hana itu ditonton 196,135 kali dengan ratusan komen.

Selepas keluarga, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersatu ekoran kepulangan beliau dari penjara, semalam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkongsi detik beliau dikejutkan dengan kepulangan anaknya, Nurul Hana dari Amerika Syarikat.

Kejutan yang indah di bulan mulia ini. Sedih dalam gembira. #Alhamdulillah #motheranddaughter,” tulis beliau pada laman Instagramnya.

Klip video menyentuh hati netizen yang turut meraikan kepulangan Nurul Hana itu ditonton sebanyak 196,135 kali dengan ratusan komen daripada netizen yang turut mengakui sebak dengan saat tersebut.

Misalnya, zila.nizam menulis, “Alhamdulillah, sebak, gembira semua ada..20 tahun berjuang dan akhirnya diberi kemenangan.”

Pengguna bernama, atieqatirah akui berasa sebak melihat kemanisan pengorbanan menegakkan keadilan keluarga Anwar.

Tidak dapat dinafikan Ramadan dan Syawal tahun ini akan menjadi sambutan Raya paling sempurna lagi keluarga Anwar dan Azizah ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.