Sehari sebelum angkat sumpah, Guan Eng janji dedah kewangan negara

Sehari sebelum angkat sumpah, Guan Eng janji dedah kewangan negara

Beliau berkata, setiap penyata kewangan kerajaan sebelum ini akan diperiksa ketepatannya.

Free Malaysia Today
Lim Guan Eng melihat perayau bulan pertama China, pendarat Chang’e 3 yang dipamerkan di Pusat Sains Tech Dome di Komtar, Pulau Pinang.
GEORGE TOWN:
Lim Guan Eng berjanji akan meneliti penyata kewangan yang dikeluarkan kerajaan sebelum ini bagi memastikan ketepatannya, sehari menjelang upacara angkat sumpah jawatan sebagai menteri kewangan baru, esok.

“Kita perlu menimbangkan penyata kewangan yang diumumkan sebelum ini, sama ada tepat atau sebaliknya, kita perlu semak dan kaji lebih mendalam.

“Pada pandangan saya, ia tidak kelihatan sama seperti pengumuman sebelum ini. Jadi, kita perlu lebih berhati-hati,” katanya selepas melawat pameran di Komtar hari ini.

Katanya, beliau akan mendedahkan maklumat yang tidak diumumkan kerajaan BN.

“Kami mahu dedah semuanya.”

Minggu lepas, Lim terkejut menemui beberapa “perkara” dalam penyata kewangan negara, dan beliau perlu bekerja kuat untuk memperbaikinya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.