
Beliau menyelar tindakan tidak bertanggungjawab 2 pengendali laman sosial Facebook terbabit .
“Ini adalah fitnah dan berniat jahat. Artikel tersebut disiarkan oleh kedua-dua laman sosial Facebook berkenaan semalam dengan menggunakan gambar serta video seseorang yang mirip saya.
“Akibat daripada tindakan tersebut menyebabkan saya telah difitnah dan orang ramai dihasut serta didorong untuk mengeluarkan kata-kata jelik kepada saya yang juga boleh menimbulkan ancaman keselamatan kepada saya,” katanya dalam kenyataan semalam.
Mohd Hashim berkata laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat terhadap pengendali laman Facebook berkenaan kerana memfitnah dengan niat jahat.