Pemuda PKR berkata Dr M mungkiri janji PH tentang 2 jawatan

Pemuda PKR berkata Dr M mungkiri janji PH tentang 2 jawatan

Ketua Pemuda PKR Pahang berkata manifesto PH jelas menyatakan PM tidak boleh memegang jawatan menteri lain.

Free Malaysia Today
Ketua Pemuda PKR Pahang Wong Chun Yuan. (gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pemuda PKR Pahang mengkritik keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memimpin Kementerian Pertahanan, mengatakan keputusan itu bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan yang berjanji perdana menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain.

“Sebarang tindakan bertentangan dengan manifesto bukan sahaja akan mengecewakan para penyokong PH, malah aa mengecewakan anak-anak muda yang menaruh harapan tinggi terhadap kerajaan baru PH,” kata Ketua Pemuda PKR Pahang, Wong Chun Yuan.

“Saya mendesak Dr Mahathir supaya memegang kepada manifesto PH dan menarik balik keputusan itu,” katanya.

Sementara itu di media sosial beberapa pengguna menyuarakan kekhuatiran mereka.

“Perlukah kita bimbang dengan perkembangan ini?” kata seorang pengguna bernama Giovanni.

Dr Mahathir hari ini mengumumkan timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan Kementerian Wanita dan Kebajikan.

Perdana menteri sebelum ini menamakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, Presiden Amanah Mohamad Sabu sebagai menteri pertahanan dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menteri dalam negeri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.