
Nazri berkata ketua Pemuda Umno itu berkebolehan untuk “memberikan nafas baru” kepada Barisan Nasional.
“Kita harus menyerahkan tampuk kepimpinan pembangkang kepada Khairy Jamaluddin kerana kta perlu berikan nafas baru kepada BN.
“Saya akan berikan sokongan sebagai Ahli Parlimen. Saya akan menentang apabila perlu dan berikan kritikan membina.
“Itu pendapat saya sebagai pembangkang,” kata Nazri.
Ahli Parlimen Padang Rengas ditanya sama ada beliau ada mempertimbangkan untuk menjadi ketua pembangkang di Parlimen.
Khairy baru-baru ini memberitahu rakan seperjuangannya dalam BN agar tidak berputus asa dalam membina semula gabungan tersebut.
Katanya, beliau mahu mengembalikan Umno seperti dahulu semasa ia tidak dianggap sebagai parti yang terasing dari rakyat, parti hanya untuk orang elit, parti yang tidak peduli tentang integriti, dan parti yang dipandang sebagai angkuh dan sombong.