Irwan enggan buka mulut selepas disoal Majlis Penasihat

Irwan enggan buka mulut selepas disoal Majlis Penasihat

Bekas ketua setiausaha Perbendaharaan disoal lebih 2 jam oleh Majlis Penasihat Kerajaan berhubung skandal 1MDB.

Free Malaysia Today
Irwan Serigar disoal sehari selepas laporan audit 1MDB dibuka kepada orang ramai.
KUALA LUMPUR:
Pengerusi 1MDB yang terpalit skandal enggan buka mulut selepas menghabiskan mada 2 jam disoal Majlis Penasihat Kerajaan hari ini.

Tan Sri Irwan Serigar enggan menjawab sebarang soalan daripada pemberita dan hanya berkata: “Tanyalah majlis itu.”

Pertemuan Irwan dengan majlis itu diadakan 2 hari selepas kontrak beliau sebagai ketua setiausaha perbendaharaan di Kementerian Kewangan dipendekkan dan sehari selepas status rahsia laporan audit 1MDB digugurkan dan dibuka kepada orang ramai.

Majlis Penasihat Kerajaan yang menasihati Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, diketuai bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin dan terdiri daripada bekas presiden Petronas, Tan Sri Hassan Merican, bekas gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, pakar ekonomi terkemuka Profesor Jomo Kwame Sundaram dan hartawan, Tan Sri Robert Kuok.

Majlis mengadakan inkuiri terhadap syarikat pelaburan kerajaan penuh kontroversi itu, yang dituduh membenarkan korupsi dan pengubahan wang haram melibatkan berbilion ringgit.

Irwan sebelum ini dilantik sebagai pengerusi 1MDB pada Mei tahun lepas dalam rombakan oleh kerajaan ke atas syarikat itu yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan.
Pada Isnin, beliau dipindahkan daripada Perbendaharaan dan ke Jabatan Perkhidmatan Awam untuk 30 hari akan datang, dan kontraknya di jabatan itu turut dipendekkan dan akan berakhir pada 14 Jun.

Kontrak ketua setiausaha perbendaharaan dipendekkan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.