Majlis Penasihat Kerajaan tubuh jawatankuasa baharui institusi

Majlis Penasihat Kerajaan tubuh jawatankuasa baharui institusi

Majlis Penasihat Kerajaan berkata jawatankuasa berkenaan akan bentangkan penemuan serta syor kepada majlis yang kemudian akan mengemukakan laporan kepada perdana menteri.

Free Malaysia Today
Majlis Penasihat Kerajaan yang diketuai Tun Daim Zainuddin berkata pembaharuan ekonomi semata-mata tidak mampu membawa perubahan yang diinginkan melainkan turut diiringi pembaharuan institusi.
KUALA LUMPUR:
Majlis Penasihat Kerajaan hari ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi dengan 5 anggota.

Dalam satu kenyataan, ia berkata jawatankuasa itu dianggotai 2 hakim bersara Mahkamah Rayuan iaitu Datuk KC Vohrah dan Datuk Mah Weng Kwai yang juga Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia; Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Brig Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji; pensyarah undang-undang dan pemegang Kursi Tunku Abdul Rahman di Universiti Malaya Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi dan Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan Datuk S Ambiga.

Majlis Penasihat Kerajaan berkata jawatankuasa berkenaan akan membentangkan penemuan serta syornya kepada majlis yang kemudian akan mengemukakan laporan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Majlis itu berkata pembaharuan ekonomi semata-mata tidak mampu membawa perubahan yang diinginkan melainkan turut diiringi pembaharuan institusi.

Majlis Penasihat Kerajaan dibentuk pada 12 Mei bagi menasihati kerajaan mengenai isu ekonomi dan kewangan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.