Raja Saudi ucap tahniah kepada Dr Mahathir

Raja Saudi ucap tahniah kepada Dr Mahathir

Dalam perutusan tahniah itu, Raja Salman turut memuji hubungan erat Arab Saudi dengan Malaysia serta berharap ia dapat dipertingkatkan lagi dalam pelbagai bidang.

Free Malaysia Today
Raja Salman menghubungi Dr Mahathir dari Istana Salam di Jeddah. (Gambar AFP)
JEDDAH:
Penjaga 2 kota suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud hari ini mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas pelantikan beliau sebagai perdana menteri Malaysia yang baharu, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Pemerintah Arab Saudi itu menzahirkan ucapan tahniah tersebut menerusi panggilan telefon dari Istana Salam di Jeddah.

Dalam perutusan tahniah itu, baginda turut memuji hubungan erat Arab Saudi dengan Malaysia serta berharap ia dapat dipertingkatkan lagi dalam pelbagai bidang.

Menurut laporan SPA, Dr Mahathir mengucapkan terima kasih kepada Raja Salman dan menyatakan hasrat untuk terus mempertingkat hubungan kedua-dua negara demi kepentingan bersama.

Dr Mahathir, 92, mencipta sejarah apabila dilantik sebagai perdana menteri Malaysia buat kali ke-2 selepas memegang jawatan itu selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003, dan muncul perdana menteri tertua di dunia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.