
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan tugas pada hari pertama di pejabatnya sendiri di Yayasan Kepimpinan Perdana, tidak jauh dari kompleks pentadbiran persekutuan iaitu pusat pentadbiran yang dibinanya 2 dekad lalu.
Perdana menteri itu mengangkat sumpah jawatannya minggu lalu selepas menang pada pilihan raya bersejarah yang menyaksikan kejatuhan Barisan Nasional (BN) dan hari ini menemui semua ketua setiausaha (KSU) kementerian termasuk Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Seorang pembantunya memberitahu FMT, Dr Mahathir juga dijadualkan akan menyambut kedatangan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini.
Dr Mahathir mengumumkan sekurang-kurangnya 4 jawatan utama, termasuk jawatan timbalan perdana menteri kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.