
Menteri besar Selangor berkata ke semua nama barisan exco Selangor dikemukakan kepada Sultan Selangor pagi tadi.
“Jumlah itu sama seperti sebelum ini kerana tertakluk kepada undang-undang tubuh kerajaan negeri.
“Pelantikan dibuat paling maksimum sebanyak 10 orang dan minima 4 orang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis kesyukuran kemenangan Pakatan Harapan (PH).
Istana Selangor dalam satu kenyataan hari ini berkata istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan akan diadakan pada 2.00 petang esok, di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Azmin berkata terdapat muka baru dalam barisan exco kali ini, menjanjikan barisan yang lebih baik dan sedia berkhidmat keapda rakyat.
“Jangan kecewakan rakyat yang telah memberikan sokongan kepada PH. Ini amanat rakyat dan perlu kerja kuat,” katanya.
Azmin mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor di Istana Alam Shah Jumaat lalu.
Adun Bukit Antarabangsa dilantik menteri besar Selangor bagi penggal ke-3 selepas PH berjaya mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).