Sekarang, PBRS tinggalkan BN Sabah

Sekarang, PBRS tinggalkan BN Sabah

Dengan 1 DUN dan 1 Parlimen, Presiden PBRS Joseph Kurup berkata ia sudah memohon untuk sertai PH.

Free Malaysia Today
Joseph Kurup berkata dia terima maklum balas positif semasa bercakap dengan pimpinan PH tentang hasrat menyertai gabungan pemerintah persekutuan itu. (Gambar Facebook)
KOTA KINABALU:
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menjadi parti tempatan ketiga yang meninggalkan Barisan Nasional (BN).

Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup berkata parti itu membuat keputusan untuk meninggalkan BN pada masa yang sama dengan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) semalam tapi hanya mengumumkan perkara ini selepas mendapat lampu hijau dari majlis tertinggi.

“Kami meninggalkan BN kerana jika kami kekal dalam gabungan itu, kami tidak dapar berkhidmat kepada rakyat dengan sebaik mungkin.

“Kami sudah memohon untuk menjadi ahli Pakatan Harapan. Dengan menyertai PH, kami boleh beri apa yang kami janjikan kepada rakyat,” kata Kurup.

Selain Upko dan PBRS, Parti Liberal Demokratik (LDP) juga mengisytiharkan niat meninggalkan BN dan menyertai PH awal hari ini.

Kurup yakin tiada masalah untuk PBRS menyertai gabungan pemerintah baharu itu.

“Saya sudah bercakap dengan kepimpinan tertinggi PH dan mereka kata ‘anda dialu-alukan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.