Osman Sapian dilantik MB Johor baharu

Osman Sapian dilantik MB Johor baharu

Osman menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai Menteri Besar.

Free Malaysia Today
Osman sebelum ini pernah menyandang jawatan sebagai Adun Kempas selama 3 penggal sebelum digugurkan daripada bertanding pada tahun 2013. (Gambar Facebook)
JOHOR BAHRU:
Setiausaha Pakatan Harapan (PH) dan PPBM, Datuk Osman Sapian mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-16 di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada 3.06 petang tadi.

Adun Kempas itu menerima watikah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam upacara yang berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene.

Sultan Ibrahim dalam ucapannya bersedia bekerjasama dengan menteri besar dan memberi nasihat dari masa ke semasa.

Sultan Ibrahim turut mengingatkan Osman agar menjalankan tugas yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh dan memastikan Bangsa Johor sentiasa bersatu.

Osman, 67, menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai Menteri Besar.

Osman sebelum ini pernah menyandang jawatan sebagai Adun Kempas selama tiga penggal sebelum digugurkan daripada bertanding pada 2013.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.