
Dalam satu kenyataan, pertubuhan pemantau ketelusan itu berkata pengguguran status rahsia membolehkan rakyat mengetahui dapatan sebenar laporan tersebut dan mereka yang dikaitkan dengan skandal itu yang membabitkan jumlah wang yang besar.
“TI-M merasakan kes itu memerlukan siasatan lanjut dan bukti bersangkutan transaksi kewangan di luar negara harus diperolehi menerusi kerjasama 2 hala dengan institusi kewangan negara di mana wang tersebut disyaki telah disalurkan,” katanya.
Menyifatkan 1MDB sebagai “ibu segala skandal” TI-M berkata mereka yang terlibat harus dibawa ke muka pengadilan tanpa mengira kedudukan dan menanggung akibatnya mengikut peraturan perundangan.
Dr Mahathir dalam sidang akhbar hari ini mengarahkan pihak polis supaya menggugurkan sekatan Akta Rahsia Rasmi (OSA) ke atas laporan itu.