
KUALA PILAH: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Aminuddin Harun hari ini dilantik menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan ke-8.
Pemimpin dari PKR itu mengangkat sumpah taat setia jawatan di depan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti selepas menandatangi watikah perlantikan.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PH Negeri Sembilan memperoleh 20 kerusi, BN (16) dan Pas tidak memperoleh sebarang kerusi daripada 36 kerusi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14)
Aminuddin memenangi kerusi DUN Sikamat dengan memperoleh 9,832 undi mengalahkan Syamsul Amri Ismail (BN) yang memperoleh 6,419 undi, Rahim Yusof (Pas) 1,331 undi dan Bujang Abu (bebas) 15 undi.