
Menurut sumber, istiadat mengangkat sumpah jawatan itu akan diadakan di Istana Abu Bakar di Pekan, sebelum Istiadat Pengurniaan Darjah dan Pingat Kebesaran Pahang sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang.
Semalam, Adnan yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang memaklumkan pelantikan menteri besar akan dilakukan selepas mendapat perkenan Istana Pahang.
Adnan merupakan menteri besar Pahang selama 4 penggal sejak dilantik pada 25 Mei 1999 bagi menggantikan Tan Sri Mohd Khalil Yaakob.
BN berjaya mengekalkan pemerintahan di Pahang selepas memperoleh majoriti mudah apabila menang 25 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Rabu lepas.
Sementara, Pakatan Harapan yang bertanding menggunakan lambang PKR memperoleh 9 kerusi dan PAS memenangi 8 kerusi.