
Dalam ucapan yang dimuat naik menerusi akaun Facebook Presiden Joko Widodo, pemimpin Indonesia itu turut mengucapkan tahniah atas kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Rabu.
“Kami (saya dan Dr Mahathir) berbicara melalui telefon semalam, selesai beliau dilantik dan mengucapkan (mengangkat) sumpah di Istana Negara,” kata pemimpin yang lebih mesra dikenali sebagai Jokowi itu.
Tambah Jokowi, beliau gembira mendengar proses demokrasi di Malaysia yang berjalan dengan lancar dan aman.
“Sebagai negara serumpun, saya percaya di bawah kepimpinan Bapak Mahathir hubungan antara kedua bangsa kita akan terus meningkat,” katanya lagi.
Jokowi turut mendoakan Dr Mahathir terus diberikan kesihatan untuk menjalankan amanah rakyat Malaysia.
Dr Mahathir mencipta sejarah pada Khamis apabila mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia buat kali ke-2 pada usia 92 tahun.
Pelantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri Malaysia ke-7, susulan kemenangan bersejarah perikatan Pakatan Harapan pada PRU14.