Bukan Islam tak perlu takut kerajaan PAS, pesan MB Terengganu

Bukan Islam tak perlu takut kerajaan PAS, pesan MB Terengganu

Ahmad Samsuri Mokhtar memberi jaminan PAS akan menangani segala permasalahan rakyat bukan Islam itu secara berhemah.

Free Malaysia Today
Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai menteri besar Terengganu, malam tadi. (Gambar Facebook
KUALA TERENGGANU:
Rakyat bukan Islam di Terengganu tidak perlu takut dengan pemerintahan baru di bawah pimpinan PAS, kata Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menteri besar Terengganu itu turut memberi jaminan PAS akan menangani segala permasalahan rakyat bukan Islam itu secara berhemah.

“(Bukan Islam) tidak perlu ada kebimbangan, insya Allah kerana kita akan tangani secara halus mengenainya, termasuklah berbincang serta mengadakan pertemuan.

“Kita juga akan mencari jalan terbaik bagi semua pihak dan jangan bimbanglah,” katanya dalam sidang media pertama selepas mengangkat sumpah sebagai menteri besar, malam tadi.

Adun Rhu Rendang itu berkata, wakil bukan Islam akan dilantik dalam pentadbirannya berdasarkan keperluan.

“Terengganu ini antara negeri yang istimewa di kedudukan DUN dan pernah dibuat penambahbaikan untuk melantik kaum tertentu sebagai wakil mereka dalam kerajaan dan kita akan perhati keperluan itu serta laksanakan lantikan, jika perlu.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.