KSN: Penjawat awam perlu hormati keputusan PRU14

KSN: Penjawat awam perlu hormati keputusan PRU14

Ali Hamsa menyeru penjawat awam menjalankan tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

Free Malaysia Today
Gambar Facebook
KUALA LUMPUR:
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini meminta penjawat awam menghormati keputusan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan terus menjalankan tanggungjawab mereka menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

Beliau menyeru mereka agar kekal setia kepada raja, negara dan kerajaan yang dipilih.

“Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, kita harus menghormati keputusan PRU14 seperti mana diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 132 (2A), setiap penjawat awam akan terus berkhidmat selama mana diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan.

Ali membuat gesaan itu meliputi semua anggota perkhidmatan awam persekutuan dan negeri, badan berkanun persekutuan dan negeri, serta pihak berkuasa tempatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.