
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata, suspek berusia 21 hingga 61 tahun yang ditahan di Bukit Minyak dan Jelutong itu, direman sehingga minggu depan.
Pada masa sama, katanya, 30 laporan polis dibuat berkaitan identiti pengadu digunakan pihak lain untuk mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) semalam.
Beliau berkata, laporan itu dibuat selepas mereka dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nama mereka ditandakan sudah mengundi, meskipun mereka belum mengundi.
“Kes-kes itu akan dirujuk kepada pihak SPR untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Sementara itu, Thaiveegan berkata, polis akan terus bertugas mengawal keselamatan sehingga kerajaan negeri ditubuhkan.