Ribut petir diramal sebelah petang

Ribut petir diramal sebelah petang

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia hanya Labuan diramal tidak mengalami keadaan itu.

Free Malaysia Today
Orang ramai dinasihatkan merancang masa pengundian mereka.
KUALA LUMPUR:
Hujan dan ribut petir diramalkan berlaku petang ini di hampir semua negeri ketika rakyat Malaysia mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia di laman sesawangnya, Labuan sahaja diramalkan tidak mengalami keadaan itu.

Keadaan itu boleh menjejaskan perancangan pengundi yang ingin mengundi lewat petang ketika kebanyakan pusat mengundi ditutup pada 5.00 petang ini.

Orang ramai dinasihatkan merancang masa pengundian mereka.

Untuk keterangan lanjut sila layari laman sesawang www.met.gov.my.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.