
Sehubungan itu, Bersih meminta ejen tempat mengundi, ejen mengira undi dan wakil calon sentiasa berwaspada dan memantau proses pengundian dan pengiraan undi dengan ketat, selain membuat bantahan kepada ketua tempat mengundi (KTM) sekiranya kepincangan berlaku.
Bersih dalam kenyataannya hari ini menyenaraikan 5 masalah yang berlaku di tempat mengundi, termasuk nama pengundi tidak dipotong daripada daftar setelah menerima kertas undi; kertas undi tidak ditindik atau dicop dengan tanda rasmi oleh KTM; pengundi tidak dibenarkan mengundi kerana orang lain mengundi menggunakan namanya, kertas undi ada kesan tindik atas kertas undi atau logo dan nama tidak lengkap dan kertas undi dimasukkan ke dalam tong yang salah.
“SPR tidak boleh merosakkan kertas undi yang tidak ditindik jika ia berlaku kerana kecuaian kerani atau SPR,”dan proses pengiraan undi mesti dilakukan dengan teliti melibatkan ejen mengiar undi atau wakil calon dalam menentukan undi ragu,” katanya.
“Bantahan perlu didengar dan diambil kira,” katanya lagi.
Bersih berkata SPR mesti mengambil tanggungjawab atas kepincangan yang berlaku dan pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap suruhanjaya itu jika perlu.