PKR dedah strategi untuk Batu malam ini, kata Tian Chua

PKR dedah strategi untuk Batu malam ini, kata Tian Chua

Sumber mengatakan parti mungkin perlu menyokong salah seorang calon Bebas.

Free Malaysia Today
Tian Chua selepas pendengaran hari ini. Beliau akan tahu sama ada beliau boleh bertanding atau tidak esok.
KUALA LUMPUR:
PKR akan mendedahkan strateginya untuk Parlimen Batu malam ini dalam usaha memastikan kerusi itu tidak terlepas ke tangan Barisan Nasional (BN), kata penyandang Tian Chua.

“Kita akan mendedahkan strategi itu di himpunan di pangsapuri Sri Perak,” katanya kepada pemberita selepas prosiding mahkamah hari ini.

Pada hari penamaan calon Sabtu lepas, Tian Chua tidak dibenarkan bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Anwar Mohd Zain atas alasan calon PH itu pernah didenda RM2,000 oleh mahkamah.

Mahkamah Tinggi mengenakan denda RM2,000 pada Tian pada Mac kerana menghina seorang anggota polis dan kata-kata kesat lain di luar ruang legar sebuah hotel pada 2014.

Naib presiden PKR itu menjawab speaker Dewan Rakyat mahupun para Ahli Parlimen BN tidak mempersoalkan status dirinya apabila dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi pada 2010 kerana menggigit seorang anggota polis.

Dia berjaya mengemukakan kertas pencalonannya dan menang kerusi Batu pada pilihan raya umum 2013.

Tian Chua membuat satu saman pemula pada Isnin bagi menentukan status boleh bertandingnya.

Sementara itu, sumber parti mengatakan PKR perlu menyokong salah seorang calon bebas, Panjamorthy Muthusami atau Prabakaran Parameswaran.

“Tinggal 6 hari saja lagi dan status Tian Chua belum ditentukan, jadi lebih baik sokong salah seorang calon bebas,” katanya kepada FMT.

Sumber menambah Pakatan Harapan mesti menang di Batu kerana setiap Parlimen penting untuk menawan Putrajaya.

Dalam beberapa temubual sebelum ini, Panjamorthy, seorang bekas MIC dan Prabakaran, seorang pelajar undang-undang 22 tahun, seakan bersetuju untuk mematuhi dasar PKR.

Selain BN, PAS turut meletakkan calon di Batu.

Tian Chua merampas Batu daripada BN pada pilihan raya 2008.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.