
Rosman akan menentang calon PAS, Mahfuz Roslan dan calon Barisan Nasional (BN) yang juga bekas exco Negeri Sembilan, Datuk VS Mogan yang tewas kepada Kamarul pada 2013.
Kamarul memenangi kerusi Parlimen Teluk Kemang dengan majoriti 2,804 undi pada 2008.
Kamarul berjaya mempertahankan kerusi itu pada 2013 dengan kelebihan 1,185 undi selepas mengalahkan Mogan yang memperoleh 28,269 undi dan calon bebas, Datuk Seri Kamaruddin Kumaravel Abdullah yang mendapat 394 undi.
PKR hari ini turut menamakan Roseli Abdul Gani untuk mencabar penyandang Parlimen Rembau yang Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin dan calon PAS, Mustafa Dolah.
Khairy memperoleh 43,053 undi mengalahkan calon PKR, Radzali A Ghani yang meraih 24,696 undi dan calon Bebas, Abdul Aziz Hassan yang memperoleh 325 undi.
Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PKR dalam kenyataan hari ini menyenaraikan 12 calon untuk bertanding di Negeri Sembilan yang diketuai Pengerusi Pakatan Harapan negeri, Aminuddin Harun di DUN Sikamat melawan calon PAS, Rahim Yusof dan personaliti program motivasi, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat daripada BN.
Berikut senarai penuh calon PKR di Negeri Sembilan:
Kerusi Parlimen
Rembau: Roseli Abdul Gani
Port Dickson: Rosman Jonet
Kerusi DUN
Sungai Lui: Zainal Fikri Abd Kadir
Jeram: S Musliadi Sabtu
Sikamat: Aminuddin Harun
Ampangan: Mohamad Rafie Ab Malek
Juasseh: Rosli Omar
Pilah: Mohamad Nazaruddin Sabtu
Labu: Ismail Ahmad
Rantau: Streram Sinnasamy
Chuah: Yek Diew Ching
Linggi: Rusli Abdullah
Sri Tanjung: Ravi Munusamy
Gemas: Baharuddin Arif Siri
Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14