
“Pada pilihan raya kali ini, saya tidak akan bertanding. Saya sendiri memaklumkan kepada pucuk pimpinan untuk berehat dan keputusan dibuat atas dasar setuju sama setuju.
“Saya buat keputusan tidak bertanding ada banyak sebab, antaranya sudah letih dan umur saya ini dan termasuk dalam kategori orang pencen, saya dah 4 penggal jadi wakil rakyat, 3 penggal sebagai adun dan 1 penggal sebagai ahli Parlimen, dah 19 tahun.
“Saya mahu beri peluang kepada tenaga muda untuk teruskan perjuangan ini, banyak pengganti yang bagus-bagus dalam PAS ini,” katanya kepada FMT.
Pada pilihan raya umum ke-13, Nik Mazian mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Mustaffa Tuan Mat dengan kelebihan 1,888 undi di kerusi Parlimen Pasir Puteh.
Beliau pernah menjadi adun Gaal selama 3 penggal sejak 1999 hingga 2008.
Mengenai peluang PAS di Pasir Puteh, Mazian menjangkakan “50-50” seperti penggal lalu.
Katanya, walaupun tidak bertanding, beliau akan turun padang membantu PAS berkempen.
“Saya akan membantu untuk memenangkan calon PAS di Pasir Puteh dan saya lihat peluang PAS untuk menang di Pasir Putih 50-50, jadi kita kena kerja keras untuk kekalkan kemenangan ini.”
Pasir Puteh dijangka berlaku pertandingan 3 penjuru antara PAS, BN dan Pakatan Harapan.
BN dijangka mempertaruhkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, manakala PAS mungkin menurunkan Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh dan PH akan meletakkan Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamarudin Md Nor.
PAS memenangi kerusi Pasir Puteh sejak 1999.
Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14