
“Saya merujuk kepada artikel The Jakarta Post bertajuk “Truly ASEAN” bertarikh 10 April 2018. Bertujuan menjual berita semata-mata dan bukan mengutarakan kebenaran, penulisan itu dicemari oleh kepalsuan dan tuduhan tidak berasas yang mengaibkan demokrasi Malaysia dan penduduknya.
The Jakarta Post mendakwa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak serupa dengan bekas presiden Indonesia Suharto, yang mengamalkan taktik manipulasi.
“Bagi rakyat Indonesia, taktik yang digunakan oleh pemimpin Malaysia Najib Razak untuk memenangi pilihan raya umum akan datang mengingatkan kepada helah Suharto ketika 32 tahun pemerintahannya,” kata The Jakarta Post dalam ruangan lidah pengarangnya.
Zahrain berkata “Malaysia telah melalui 13 pilihan raya dengan jayanya, ia berjalan dengan sangat baik bagi negara kami dan kami berhasrat untuk melestarikannya.
“Badan pengurusan pilihan raya dari negara luar, termasuk Komisi Pemilihan Umum dari Indonesia dijemput sebagai pemerhati dalam pilihanraya kami,” katanya.
“Menerusi pilihan raya yang bebas dan adil, pengundi dapat memilih wakil mereka ke Parlimen tanpa rasa ketakutan.
Pada akhirnya, sesiapa yang mendapat keyakinan Parlimen akan dilantik sebagai perdana menteri dan dipelawa menubuhkan kerajaan dengan berkata: “Nasihat saya kepada penulis (The Jakarta Post), tolong berhenti menjaja pembohongan,” kata Zahrain.