Model poster nafi pernah bergambar dengan logo BN

Model poster nafi pernah bergambar dengan logo BN

Wendy Lean menjelaskan gambar itu disunting daripda gambar stok yang diambil 5 tahun lalu.

PETALING JAYA:
Seorang model yang wajahnya digunakan dalam poster untuk Barisan Nasional (BN) tampil menjelaskan gambarnya disunting pihak tertentu bagi tujuan pilihan raya.

Wanita itu tampil dengan penjelasan selepas poster mengajak orang ramai mengundi BN tersebar di media sosial dan tersiar di akhbar tempatan.

Poster memaparkan beliau bersama seorang rakan menunjukkan tanda bagus sambil memegang sekeping kad “undilah Barisan Nasional” dan “Pilih biru tua saja tau, bukan PM tua” di bawah poster.

“Gambar itu gambar stok yang saya ambil 5 tahun lalu. Ia dibeli oleh pihak ketiga daripada sebuah syarikat stok,” kata Wendy Lean di Facebook hari ini.

“Saya tidak pernah bergambar dengan logo BN untuk mengajak orang ramai mengundi mereka. Gambar itu telah disunting,” katanya.

Terdahulu, seorang pelajar 19 tahun terkejut apabila gambarnya menjadi antara poster politik yang tersebar menuju pilihan raya.

Nurul Aida Azira Mohd Kassin berkata gambar menunjukkan slogan pro-Pakatan Harapan itu sebenarnya diambil daripada iklan di mana beliau memperagakan produk tudung.

Beliau berkata penggunaan gambarnya secara sesuka hati oleh pihak berkenaan menyebabkan dia semakin benci dengan politik.

Pelajar kesal gambar ‘model tudung’ jadi bahan kempen PRU

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.