
Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin melepaskan Muhammad Safwan Anang, 29; Ekhsan Bukharee Badarul Hisham, 27; Adam Adly Abd Halim, 30; Mohamed Bukhari Mohamed Sufian, 28 dan Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, 38, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap semua orang kena saman (OKS) di akhir kes pembelaan.
Mereka didakwa menyertai perhimpunan itu yang diadakan di tempat larangan iaitu dalam perkarangan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya antara 12 tengah hari dan 1.15 tengah hari, pada 22 Jun 2013.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurulhuda Nuraini Mohd Nor manakala Muhammad Safwan, Ekhsan Bukharee, Adam Adly, Mohamed Bukhari diwakili peguam Eric Paulsen manakala Khairul Anuar diwakili peguam A Jeyaseelan.
Sebanyak 5 saksi pendakwaan dan 5 saksi pembelaan iaitu 5 OKS dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 11 Disember 2013.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/10/05/hukuman-berbeza-bagi-kesalahan-sama/