
Pengerusi Umno negeri itu berkata, baki 8 lagi kerusi Parlimen dan 25 kerusi DUN di Pulau Pinang diperuntukkan kepada MCA, Gerakan dan MIC.
“Senarai calon Umno Pulau Pinang yang mewakili Barisan Nasional (BN) telah dimuktamadkan dan akan diumumkan pengerusi BN dalam masa terdekat,” katanya dipetik Umno Online.
Pada PRU13, BN memenangi 10 kerusi DUN di Pulau Pinang, DAP menang semua 19 kerusi negeri yang ditandinginya, PKR menang 10 daripada 16 kerusi ditandingi, PAS hanya memenangi sebuah kerusi DUN.
Sementara itu, Zainal berkata, beliau tidak akan bertanding pada PRU14 dan muka baru akan diperkenalkan di kerusi Parlimen Nibong Tebal bagi menggantikannya.
“Sebenarnya telah hampir 2 tahun saya memaklumkan hasrat ini kepada presiden parti.
“Saya juga amat berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana bersetuju saya mencadangkan seorang muka baru menggantikan saya di kerusi Parlimen Nibong Tebal.”
Beliau berkata, penggantinya pernah berkhidmat kepada rakyat dan mendapat reaksi positif penduduk tempatan.
Zainal berjanji akan terus membantu BN dan memimpin jentera pilihan raya Umno negeri.
“Ini untuk ‘retain’ 3 kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN sedia ada, selain ‘regain’ 2 kerusi Parlimen dan 5 kerusi DUN yang pernah dimenangi sebelum ini, di samping menggerakkan jentera Umno untuk membantu calon-calon BN di kerusi lain.”
Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14