Najib ucap tahniah kepada Pandelela, Jun Hoong

Najib ucap tahniah kepada Pandelela, Jun Hoong

Manakala pasangan Leong Mun Yee-Nur Dhabitah Sabri meraih gangsa dengan mengutip 308.16 mata.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada jaguh terjun Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong yang menghadiahkan pingat emas ketiga buat kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

“Tahniah @cheongjunhoong & @Pandelela_R ! Emas ke-3 negara di #GC2018 ! #TeamMAS #NegarakuKebanggaanku,” katanya menerusi akaun Twitter beliau hari ini.

Gandingan penerjun elit kebangsaan itu mengumpul 328.08 mata berjaya merangkul pingat emas manakala pasangan Leong Mun Yee-Nur Dhabitah Sabri meraih gangsa dengan mengutip 308.16 mata.

Pingat perak disandang gandingan Kanada, Meaghan Benfeito-Caeli McKay dengan 312.12 mata.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.