
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri, Shafie Taib, berkata secara keseluruhan kira-kira 1.82 juta pemilih di negeri itu layak mengundi pada PRU14 selepas proses pembersihan dan pengemaskinian daftar pemilih dijalankan oleh pihaknya baru-baru ini.
Berdasarkan angka terkini dalam daftar pemilih Suku Keempat 2017, katanya,
Berdasarkan statistik jantina, sebanyak 50.38% adalah wanita sebagai pemilih dalam PRU14, katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Writ Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi 26 Parlimen Negeri Johor di Wisma Persekutuan hari ini.
Beliau berkata sebanyak 40% pemilih adalah berusia bawah 40 tahun, 296,434 pemilih (21-29 tahun) manakala 425,256 pemilih berusia antara 30 dan 39 tahun.
Shafie berkata pihak bersedia sepenuhnya dari segi logistik untuk mengendalikan PRU14 termasuk penggunaan khidmat helikopter untuk kawasan Parlimen Mersing melibatkan Pulau Pemanggil dan Pulau Aur serta kawasan pedalaman di Kampung Peta.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan seramai 14,940,624 pemilih layak mengundi dalam pilihan raya kali ini.
Dalam pada itu, SPR menjalankan proses pembersihan dan pengemaskinian daftar pemilih bagi mengeluarkan nama-nama pemilih yang meninggal dunia atau hilang kelayakan disebabkan antara lain, lucut atau melepaskan hak warganegara.
Selain itu, nama pemilih tanpa disedari menjadi berganda disebabkan pemilih memiliki nombor kad pengenalan baharu dan mendaftar sekali lagi tanpa memaklumkan bahawa nombor kad pengenalan lama tidak aktif serta pemilih biasa memasuki perkhidmatan tentera atau polis dan mendaftar sekali lagi sebagai pengundi tidak hadir atau pengundi pos.