
Ketua PKR Johor Hassan Karim memberitahu FMT, pencalonan Santhara dipersetujui pimpinan pusat PKR.
“Kami berpendapat Santhara berpeluang besar mengalahkan Dr Subramaniam kali ini memandangkan beliau sudah berkhidmat di kawasan itu sejak 3 tahun lepas,” tambahnya.
Hassan berkata persempadanan semula baru-baru ini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga mendedahkan rombakan komposisi pengundi tidak begitu drastik.
Pada PRU 2013, Dr Subramanian mengalahkan calon PKR, bekas menteri kesihatan Datuk Chua Jui Meng, dengan majoriti 1,217 undian.
Bulan lepas, beliau mengesahkan akan mempertahankan kerusinya pada PRU14, mengakhiri spekulasi berbulan yang beliau akan berpindah ke kawasan lain.
Dr Subramaniam berkata tiada sebab untuk beliau berpindah kerana peluangnya baik di situ, kerana banyak yang sudah disumbangkan oleh kerajaan kepada Segamat sejak 5 tahun lalu.
Bagaimanapun, beliau mengakui pendapat ramai yang keadaan akan bertambah sukar untuk beliau mempertahankan kerusi itu kerana demografik pengundi.
Di Segamat, 46% daripada lebih 47,000 pengundi adalah Cina, 44% Melayu dan India pula 10%.
Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14
Mahkamah tolak cubaan pengundi keluarkan tentera dari Segamat