
Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata jika Mohd Khairuddin dicalonkan semula di kerusi berkenaan, maka Amanah akan kehilangan kerusi tersebut.
“Ini bermakna calon Amanah yang bercita-cita bertanding di situ (DUN Paya Jaras) akan kecewa dan krisis akan tercetus serta boleh merebak ke tempat lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Penyertaan Mohd Khairuddin yang juga bekas Setiausaha PAS Selangor ke dalam PKR diumumkan oleh Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam ceramah Pakatan Harapan di Sungai Buloh pada malam Ahad (8 April).
Sebelum ini, pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim mendedahkan kerusi Paya Jaras antara 9 kerusi DUN yang ditandingi Amanah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) hasil rundingan agihan kerusi PH Selangor setakat 8 Mac lalu.