2 ditahan SPRM berhubung projek terbengkalai Ijok

2 ditahan SPRM berhubung projek terbengkalai Ijok

Kedua-dua yang ditahan merupakan pengerusi dan timbalan pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Fasa 1 dan 2 Mukim Ijok masing-masing berusia 75 dan 66 tahun.

KUALA LUMPU:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 2 suspek lelaki disyaki menerima rasuah berhubung jawatankuasa Bertindak Projek Terbengkalai Alam Mutiara dan Alam Utama di bawah Projek Rancangan Revolusi Hijau II & III Bukit Cherakah.

Kedua-dua mereka yang ditahan merupakan pengerusi dan timbalan pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Fasa 1 dan 2 Mukim Ijok masing-masing berusia 75 dan 66 tahun.

Menurut sumber, kedua-dua mereka ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada kira-kira 12.30 tengah hari ketika hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Mereka disyaki menerima rasuah daripada syarikat perunding pampasan sebagai balasan untuk tidak melindungi kepentingan peneroka Fasa 1 dan 2 Mukim Ijok.

“Kedua-dua mereka menerima wang berjumlah antara RM70,000 hingga RM150,000 daripada syarikat perunding berkenaan bagi melakukan perkara berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan kesemua penahanan berkenaan dan berkata kes disiasat bawah Seksyen 16(A) Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, 7 individu termasuk 3 lelaki bergelar Datuk direman bagi membantu siasatan SPRM membabitkan kes berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.